Mencari Damai dalam hidup...

Mencari Damai dalam hidup...

Sudi-sudikan la.........

Ahad, 13 September 2009

Ramadhan makin menjauh Syawal Makin Hampir...

Salam... ni lah suziana kamaruddin... sekejap rajin sekejap malas so tidak lah diupdatekan blog ini... sebenarnya byk gambaq yang nak diupload tapi lambat lah bila nak upload gambar... Bercakap tentang nak raya ni... terasa cepat sgt masa berlalu... macam tak prepare apa2 pun lagi tapi dah nak raya... masa memang macam emas....

Raya ni kami sekeluarga beraya di kedah... Moga2 dapatlah beraya dengan ceria, gembira dan seronok dengan keluarga... selalu ada saja yang tak kena... huhuhuhuh dan yang buat rasa tak sabar nak balik kedah this year adalah ada reunion sekolah VOKAS... nak jumpa kawan2 lama.... horeyyyyy seronoknya dapat kembali ke sekolahhhhhh......... that's all for tonite... nak titor...

Rabu, 2 September 2009

Bakal2 Cikgu UPSI

Salamm... Sekadar berkongsi cerita tentang bakal2 guru yang dibimbing oleh Suzie.... Semalam menghadiri presentation adik2 dari DPLI UPSI di seronok dengan pelbagai gelagat... Walaupun hakikatnya saya bukanlah orang yang layak untuk membimbing mrk tetapi dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada sy kongsikan dengan mrk. Ramai yang menunjukkan bakat2 semulajadi menjadi guru, tetapi masih ada juga yang selesa menjadi sleeping partner dan masih tak mengerti kenapa mereka memilih kerjaya ini.


Setiap kali kelas dengan mrk, saya sering mengingatkan... "kamu harus ingat!! dan bersedia!! kamu mungkin dipostingkan kesekolah berstatus tinggi ke SBP, yang mempunyai Pengetua berstatus datin, puan sri, pengetua cemerlang... kalau kamu pasif dan tak mau ambil peluang ini untuk belajar maka teruklah kamu disekolah nanti.... risau saya melihat bakal2 guru ini, saya yang mengajar sekolah rendah pun merasa "bahang" murid2 disekolah apatah lagi mereka yang bakal dipostingkan disekolah menengah... murid zaman sekarang bkn lagi murid mcm zaman dahulu... malah ada yang lebih bijak dari cikgu... kalau guru masih ditakuk lama alamatnya kena takek lah cikgu tu (takek tu bahasa kedah bererti cantas :) ) Guru harus bertindak seperti KOMPUTER perlu sentiasa di update agar boleh terus digunakan... kalau tidak komputer tu kena campak laut dan jadi tukun tiruan lah jawabnya... itupun kalau ada orang yang nak tolong campakkan... renung2lah CPU lama yang banyak kat kedai besi buruk tu.... dalam maknanya...

Kesimpulannya kat sini... SAPA KATA JADI CIKGU TU SENANG!!!!!!!!!!!!! SENDIRI MAU INGATLAH!