Mencari Damai dalam hidup...

Mencari Damai dalam hidup...

Sudi-sudikan la.........

Khamis, 1 Oktober 2009

Ya Ampon

Kelemahan ku yang paling nyata adalah fokus...fokus... tiap2 hari buka blog tapi nak update malas... sebenarnya banyak sgt yang nak diceritakan nak dikongsikan dengan semua tapi faktor malas menguasai diri... Fara yg byk bagi sokongan dan tunjuk ajar pasal blog niii.. Thanks sis... untung sham dapat Fara nihhhh ... mukadimah jer dulu nihhh....

Hari Raya 2009..
Tak dak yang menarik sgt untuk dikongsi bersama... dilalui dengan suasana yang sederhana di Kedah (Pendang dan Jitra) ntah bila nak rasa raya yang bahagia dan gembira seperti orang lain... malas nak ulas panjang bab2 nihhh yang penting raya telah pun berlalu.....

REUNION VOKAS/SMTJS 24 SEPTEMBER 2009
Setelah 17 tahun meninggalkan sekolah aku kembali menjejakkan kaki ke sekolah yang telah menyimpul seribu satu makna dalam diri aku... terharu,, sebak, gembira masa menjejakkan kaki kesekolah... syahdu sgt rasa... dengan kehadiran hampir 30 orang batch aku suasana sgt ceria... kehadiran bekas pelajar rasanya melebihi 60 orang, batch aku lah teramai... meriah disebalik kesedihan sebab..... ramai juga yang tak dpt datang atas sebab2 yang tak dapat dielakkan... tak pa kita jumpa lagi nanti... reunion... seperti kata abah kesayangan ku.. CIKGU SUBKHIDIN... "TERIMA KASIH PADA ORANG YANG TELAH MENCIPTA PERKATAAN REUNION" kita bukan nak melayan kenangan semata2 tapi meneruskan silaturrahim antara kita, menambahkan ilmu daripada perkongsian pengalaman setiap rakan2.. menambah jaringan perhubungan dan sebagainya terhasil daripada reunion niiiii...
terima kasih pada pihak pengurusan sekolah, penganjur dan kawan2 yang hadir....... memang seronok... ja, wadi, jida, nurul, fendi, fizah ngn ross, wan nasran, syam, azril, muhaizi, lizamurni, amet, shah amiruzli, megat azril, anuar abm, israfi kfl, amran, peet bb, palut, manan, zarina, wan, shahnaz, cikgu alaina, mak pah, cik madiah, cikgu teoh, pakcik shaaban, dan ramai lagi yng mungkin tak tersebut disini......... kesian kat cikgu Azhan yang tak dapat join sama sedangkan dia berkali2 sms nak datang tapi tak dapat nak datang pada waktu tu... macamana cikgu azhan sekarang....
kita sambung lagi nantiiiiiiiiiiiii nak titor....

Ahad, 13 September 2009

Ramadhan makin menjauh Syawal Makin Hampir...

Salam... ni lah suziana kamaruddin... sekejap rajin sekejap malas so tidak lah diupdatekan blog ini... sebenarnya byk gambaq yang nak diupload tapi lambat lah bila nak upload gambar... Bercakap tentang nak raya ni... terasa cepat sgt masa berlalu... macam tak prepare apa2 pun lagi tapi dah nak raya... masa memang macam emas....

Raya ni kami sekeluarga beraya di kedah... Moga2 dapatlah beraya dengan ceria, gembira dan seronok dengan keluarga... selalu ada saja yang tak kena... huhuhuhuh dan yang buat rasa tak sabar nak balik kedah this year adalah ada reunion sekolah VOKAS... nak jumpa kawan2 lama.... horeyyyyy seronoknya dapat kembali ke sekolahhhhhh......... that's all for tonite... nak titor...

Rabu, 2 September 2009

Bakal2 Cikgu UPSI

Salamm... Sekadar berkongsi cerita tentang bakal2 guru yang dibimbing oleh Suzie.... Semalam menghadiri presentation adik2 dari DPLI UPSI di seronok dengan pelbagai gelagat... Walaupun hakikatnya saya bukanlah orang yang layak untuk membimbing mrk tetapi dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada sy kongsikan dengan mrk. Ramai yang menunjukkan bakat2 semulajadi menjadi guru, tetapi masih ada juga yang selesa menjadi sleeping partner dan masih tak mengerti kenapa mereka memilih kerjaya ini.


Setiap kali kelas dengan mrk, saya sering mengingatkan... "kamu harus ingat!! dan bersedia!! kamu mungkin dipostingkan kesekolah berstatus tinggi ke SBP, yang mempunyai Pengetua berstatus datin, puan sri, pengetua cemerlang... kalau kamu pasif dan tak mau ambil peluang ini untuk belajar maka teruklah kamu disekolah nanti.... risau saya melihat bakal2 guru ini, saya yang mengajar sekolah rendah pun merasa "bahang" murid2 disekolah apatah lagi mereka yang bakal dipostingkan disekolah menengah... murid zaman sekarang bkn lagi murid mcm zaman dahulu... malah ada yang lebih bijak dari cikgu... kalau guru masih ditakuk lama alamatnya kena takek lah cikgu tu (takek tu bahasa kedah bererti cantas :) ) Guru harus bertindak seperti KOMPUTER perlu sentiasa di update agar boleh terus digunakan... kalau tidak komputer tu kena campak laut dan jadi tukun tiruan lah jawabnya... itupun kalau ada orang yang nak tolong campakkan... renung2lah CPU lama yang banyak kat kedai besi buruk tu.... dalam maknanya...

Kesimpulannya kat sini... SAPA KATA JADI CIKGU TU SENANG!!!!!!!!!!!!! SENDIRI MAU INGATLAH!

Isnin, 31 Ogos 2009

Menu hari ini....










Sebagai memenuhi keperluan untuk kurus maka menu saya hari sayur campur goreng dengan buah kiwi & kurma... resepi yang ringkas tapi kira sedap juga lah... ;)


Sayur Campur Goreng
Bahan-bahannya:

Kacang buncis
Carrot
Cendawan

Kobis Panjang

Bawang besar
Bawang putih

Cili padi

Isi ayam

Sos tiram

Air

Sedikit garam
(Semua bahan ikut suka nak banyak mana)

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih ngan bawang besar hingga wangi.

2. Masukkan isi ayam,cili padi dan masukkan air ikut suka nak byk mana kuahnya
3. Biarkan mendidih seketika, masukkan sos tiram, sedikit garam dan perasa jika suka lah.

4. Last sekali masukkan segala jenis sayuran yang telah dipotong. Didihkan sekejap, siap untuk dimakannnnn.....

Persiapan Untuk Kurus......... ;)

Persiapan untuk kurus yer... kalau dah nak kurus terpaksalah saya lakukan sesuatu pada menu saya bagi mencapai hasrat mengurangkan lemak2 yang dah lama dibina didalam badan saya nihhh.... So menu bersahur saya hanyalah Jus Mate 5... rasa JM5 ni yer... sedap.. macam rasa air Tang... ingat tak Tang serbuk warna oren dalam botol tutup warna hijau... macam tu lah rasa air JM5 nihh... nampak gayanya inilah menu sahur saya untuk sebulan ni... InsyaAllah..... nak berkempen untuk orang lain beli belum lagi rasanya... tak layak pun sebab saya sendiri belum mencapai tahap yang membolehkan saya berkempen untuk orang beli Jus Mate ni... saya kena buktikan dulu... kira2 testimonialnya diri saya sendiri lah tungguuuuuuuuuuuu.... moga2han hajat saya untuk menjadi "pemberat" hehehe 2 angka tercapai.....

Saya telah berazam bagi menu berbuka pulak.... babai nasi...babai ayam goreng... selamat tinggal kepada semua jenis makanan yang dapat menyumbang kepada pertambahan lemak di badan saya.... tapi ada syarat... saya boleh makan sikit masa balik rumah mama setiap hujung minggu heheheh boleh tak buat syarat sendiri macam tu..... maka saya dengan dibantu oleh mama saya telah membeli beberapa jenis buah-buahan antaranya kiwi, orange, belimbing, mangga... buah-buah ni saya nak jadikan sajian utama manakala buah lemon, limau nipis nak dijadikan air minuman... Tadi saya terbaca satu blog yang menceritakan kebaikan buah-buahan ni.. saya nak kongsi di sini khasiat buahan-buahan tu:

Khasiat Buah Kiwi:

  • mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi
  • sumber magnesium terbaik untuk pembentukan tulang
  • meningkatkan fungsi sistem saraf pusat
  • kaya dengan kandungan lutein iaitu anti oksida yang membantu mengurangkan risiko barah dan jantung
  • mempunyai vitamin E yang tinggi yang dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol
Setakat ini dulu kisah tentang persiapan kurus saya heheheheh moga-mogahan tidak menjadi hangat2 tahi ayam dah lah..... :)



Puasa..Gemokkk...Puasa....

Merdeka...merdeka...31 Ogos 2009
Anak murid baru belajar kembali nak mengupdatekan blog ku... tak reti tapi nak belajar juga buat blog ni.. puasa...gemok..puasa... dah lama sgt aku gemuk... tak penah kurus rasanya kecuali semasa zaman baby kot... aku mengeluh pasal gemok ni bukan sebab nak cantik... tapi sebab dah macam-macam sakit... dah ada kencing manis, kolestrol tinggi dan sakit lutut yang teramat sgt... huhhh mengalahkan orang tua... bukan tak sedar bahaya penyakit ni kepada diri tetapi nafsu masih menguasai diri.. pantang nampak makanan jer balunnnnnnnn.... bila sakit hati tension sedih apa lagi kita makannnnn laaa... itulah cara aku atasi masalah... akhirnya cara aku itu telah makan tuan... berat aku sekarang 3 angka tuuuuuuu.... huhhhhh sebab tu lutut sakit sebab kena tampung bebanan yang berat..

2009 merupakan tahun yang byk mengubah kehidupan aku... so antara perubahan pertama yang ingin aku ceritakan (byk lagi perubahan lain) adalah nak kurus sikit jehhhh.... huhuh sikit ker.. azam aku nak jadikan berat aku kepada dua angka.. aku dah beli Jus Mate 5... ;) sebab kagum tgk mereka yang berjaya turunkan berat badan dengan bantuan jus tu... harap2 aku juga termasuk dalam golongan yang berjaya itu ameennnn.....

Aku start minum Jus Mate 5 ni sejak bulan puasa... tak tau lah ada penurunan ke tidak sebab tak timbang pun... lagi pun aku bersungguh2 sgt pun... huhuh kelemahan ku yang kedua nihh... aku cuma minum masa bersahur sahaja... tapi alhamdulillah sepanjang berpuasa tak terlalu rasa lapar... adalah rasa lapar sikit-sikit.. maklumlah kantung perut dah XXXXXL kan.... cuma bila waktu berbuka tak boleh nak disiplin diri untuk minum JM5 ni lagi... sebab dia ada petua dia cara minumnya... 2 hours before and after tak leh ambil apa2 makanan... part tu tak boleh nak disiplin diri lagi..

Aku tersangat cemburu pada seorang kawan di kelantan cikgu dah... dulu dia lebih berat dari aku... tapi berkat kegigihan dan kesungguhan dia, sekarang dia lagi ringan dari aku.......uwahhhhhhh tensionnya....Cikgu Dah dah kurusssssss.... cikgu suzie jer dok gemok lagiiii.... dia juga dah mula minum JM5 bulan puasa ni untuk bantu dia lebih cepat kurus. Sebelum ni dia cuma amalkan diet dan senaman.. dia dah berjaya turunkan lebih 25kilo berat!!!!!! Jadi... suziana takkan nak tengok sj orang lain berjaya kurus... aku amat berharap dapat kurangkan berat badan... banyak duit yg dilaburkan.. harap2 jgn lebur jer duit tuuuuuu.... moga-mogahan dengan turunnya berat badan masalah sakit lututku akan berkurangan....